Monday, October 31, 2011

Nasi Lemak..

Salam Alaik',

kebelakangan ni saya banyak bershoping barang dapur di Tesco..Jadi baru  ini saya ke Tesco duk memborong udang kecik xdela kecik sangat tapi kire ok la untuk di masak..So saya pun di tengah kerajinan untuk masak..saya telah cuba Nasi Lemak Sambal Udang. Menu di ambil dekat My Resepi.



Klik Disini untuk Resepi.

Untuk sambal udangnye..saya olah dari resepi yang sama. cuma saya kurangkan sedikit amount ikan bilis..dalam sambal udang saya..ikan bilis tetap dibubuh jugak untuk menyedapkan lagi.

Kemudian saya mgkhasiatkan menu Nasi Lemak saya dengan Kangkung Goreng belacan. Resepinya sila lihat dibawah.

Bahan-Bahan:
1 ikat Kangkung
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi
sedikit ikan bilis
sedikit belacan
sos tiram
garam+ gula

Cara Memasak:

  1. Tumbuk bawang, cili, ikan bilis dan belacan.
  2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, masukkan sedikit air dan sos tiram, tidak ketinggalan garam dan gula
  3. Akhir sekali masukkan Kangkung, panaskan seketika dan tutup api
  4. Hidangkan. Done
  5. Selamat Mencuba.
Kangkung jangan dimasak lama..kerana ia cepat layu.


Actually saya tapaukan sekali untuk En.Baby bawa balik ke Myra & Untuk family dia sekali ;)

Friday, October 21, 2011

Kuey Tiaw Bandung...

Salam Alaik',


Menu xigt dah masak bila..rasenye 2 minggu yang lepas kot...malas nk convert gambar dari Kamera...maka lambat la publish cerita...Almaklum la..saya kan anak dara..Kuey Tiaw Bandungnye berhasil...tp bese la ade la kekurangannye...

Udang kering yang digunakan di beli masa bercuti di Sabah bulan 7 aritu...beli 1 kg kot..kalu xsilap..sampai sekarang ade lagi...Actually ade 2 menu masa nie..Kuey Tiaw Goreng Basah menu satu lagi..makan ngan En.Baby...Xsempat nk snap gambar..sapan sudah Kuey Tiaw gorengnye...

ok..ni percubaan pertama..so mcm biasa la..adela mistakenye..saya terlebih bubuh kacang tanah..maka rase die dah macam kuah kacang version cair...hahaha~ so bg siapa2 nak mencuba resepi saya..sila kurangkan amount kacang tanah....

Bahan-Bahan:

Udang Kering
Bawang Merah
Bawang putih
Cili Kering
= Kesemua bahan-bahan di atas di blander lumat.

Kuey Tiaw
Isi Ayam
Udang
Sawi
Tomato
Telur
Sedikit Kacang Tanah ditumbuk
Sos Cili, Tomato & Tiram
Garam + Gula


Cara Memasak.
  1. Bahan-bahan di atas, main agak2 je..sebab untuk makan 2 orang kan.
  2. Tumis bahan Blander sehingga garing, kemudian masukkan air. Budget2 la jangan terlalu banyak n kurang. Masukkan isi ayam, sos cili, tomato & tiram serta kacang tanah tunggu sehingga mengelegak.
  3. Kemudian masukkan udang, udang masuk lambat pun xpe sebab dia cepat masak..then telur kemudian Sawi dan Tomato.Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
  4. Last sekali, basuh kuey tiaw dengan air panas, dan hidangkan didalam mangkuk beserta kuah bandung td.Done.
  5. Selamat Mencuba.

Monday, October 3, 2011

Sambal Bilis Kunyit

Salam Alaik',

Another faveret dishes ialah...




Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
20 - 25 Biji Cili Padi
3-4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang Merah
1 inci Halia
3 biji Kentang didadu
1-2 biji Bawang Besar
1-2 sudu serbuk Kunyit
Garam & Gula secukup rasa
Air Asam Jawa  .....

Cara Menyediakannya:
1. Tumbuk Halia,bawang putih,bawang merah serta cili padi.
2.Gorengkan kentang sehingga kuning, kemudian Ikan Bilis sehingga garing.
3.Kurangkan sedikit minyak tumis bahan2 yang telah ditumbuk sehingga kuning, kemudian masukkan Bawang besar tumis sehingga bawang besar sedikit layu.Masukkan Serbuk Kunyit
4. Seterusnya masukkan Air Asam Jawa, Garam & Gula secukup rasa.
5.Apabila sedikit garing, baru masukkan kentang dan juga ikan bilis..

sambal bilis ni dimakan dengan Nasi panas, Telur dadar Goreng & Kicap Manis..dengan cara ni dah cukup menyelerakan sudah..kalu tak percaya cuba la sendiri. sedap jugak kalu nak makan dengan makanan lain.

Nasi Goreng Tomyam...

Salam Alaik',

herm..dah janji nk post entri masak-masak kat cni..tapi xbuat2 jugak...semuanya gara-gara Laptop problem..sampai gambar masakkan pn malas nk tangkap dah...tp arini saya keluarkan la ape2 entri yang patut..antara makanan kegemaran saya ialah nasi goreng tomyam...so ini adelah resepinye...



Bahan-Bahan:-

4cawan nasi putih

bahan Tumis:
3 ulas bawang merah**
2 biji bawang putih**
6-7 biji cili padi* bleh tambah lg jika suka pedas.
sedikit halia**
1 batang serai

Bahan Sos:
3 sudu Cili giling
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
pes Tomyam jenama Adabi {nk guna jenama lain pun boleh)

1 helai daun limau purut
Karot, bunga kobis, bawang besar, putik jagung, kacang & Tomato.
sedikit daging ayam, udang & sotong

untuk hiasan: sedikit daun bawang & bawang goreng.

Cara-caranya:-
  1. Tumbuk atau blander bahan2 yang bertanda (**), Cili padi & Serai ditumbuk kasar.
  2. Panaskan kuali dengan minyak, masukkan Serai dan bahan (**), goreng sehingga kekuningan, masukkan pes tomyam, cili padi dan bahan sos. Tumis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan daging ayam, udang dan sotong biarkan selamat 3-4 minit, setelah lauk2 itu masak..Masukkan Garam dan gula untuk menambah perasa dalam masakan.
  4. Setelah itu masukkan nasi putih, kacau sehingga serata..Jangan lupa masukkan jugak sayur-sayuran.Jika suka sayur2 lebih lembut.Masukkan sebelum memasukkan nasi.
  5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut untuk menambahkan rase dan bau nasi goreng tomyam.
  6. Setelah siap, hidangkan beserta daun bawang dan bawang goreng.
Rasa nasi goreng ini lebih kurang macam tomyam, masam, pedas n manisnye lengkap. for me, saya suke masukkan sayur-sayur kemudian, agar sayur-sayur tak masak sangat, jadi bila makan terasa Crunchy2 lagi..Tomato hendaklah dimasukkan selepas mati dimatikan kerana tomato ni cepat lembik, nanti xsedap plak.

then nasi ni lengkap khasiatnye...ade udang,sotong n ayam lepas tu sayur2 pun ade sekali. senangkan nak bawa bekal ke kerja ke...jadi korang sume selamat mencuba ye...=)



Friday, September 9, 2011

Salam Pembuka Tirai...

Salam Alaik,

Lame sungguh blog ini tidak dijejaki...dah bersawang bagai dah nie...hihihi...insyaAllah lepas nie blog tidak la sesepi dahulu..almost setahun ke 2tahun aku xmenjenguk blog nie...hish..truk btul aku..tggu jelah kemunculan resepi-resepi hasil dari air tangan sendiri...khas dikongsikan bwat readers di luar sane...=)


U MaY LIkE IT

Related Posts with Thumbnails